Rahsia Mudah Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu Tanpa Di lihat Orang Dan Tanpa Perlu Memegang Bayi Dalam 3 Langkah Mudah!

Seperti yang kita ketahui penyusuan susu ibu mempunyai manfaat yang maha hebat. Diciptakan oleh sang pencipta manusia untuk manusia. Kesedaran tentang penyusuan susu ibu dan manfaatnya telah diketahui umum.Ibu bapa melakukan pelbagai cara untuk menjayakannya.penyusuan susu ibu ketika ini.

Penyusuan secara “On demand”/ di atas kehendak bayi adalah hak bayi itu sendiri.Amat mendukacitakan, masih ada pihak yang menafikan tentang hak menyusui bayi di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja yang bayi berkehendak. Ada segelintir pihak yang melarang ibu menyusui bayi di mana-dimana yang bayinya berkehendak di tempat-tempat terbuka.

Penyusuan dikhalayak bukanlah aktiviti, yang tidak bermoral dan bukan aktiviti memaparkan bahagian tubuh yang menjolok mata. Ibu muslim khususnya, tetap tahu menjaya etikanya kerana perlu menjaga auratnya sentiasa walaupun sedang menyusukan bayi mereka.Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk menjayakan penyusuan in public / dikhalayak ini (Klik Di sini Untuk mengetahui tentang 7 teknik menyusu in public/ dikhalayak tanpa dilihat).

Tahukan ada,selain melakukan cara-cara yang betul menyusui anak in public/ dikhalayak tanpa dilihat ini, anda juga boleh melakukan perkara lain dalam masa yang sama? Menarikkan?

Salah satu Cara untuk memudahkan penyusuan in public / dikhalayak tanpa dilihat orang lain, tanpa perlu memegang bayi dan anda masih boleh melakukan perkara lain dalam masa yang sama adalah dengan menggunaakan pengendong bayi / Baby Carrier. Bayangkan sambil anda sedang membeli belah memilih pakaian yang hendak di beli,anda juga sedang menyusukan anak. Hebatkan.

Selain dapat memudahkan ibu, ibu juga boleh menjimatkan masa melakukan perkara yang lain. Berikut dinyatakan 3 langkah mudah untuk menyusukan bayi di dalam pengendong / Baby Carrier jenis Soft Structured Baby Carrier.

Di bawah ni, gambar ibu tengah menyusu dalam baby carrier, soft structured carrier. Menyusu dalam carrier ni memudahkan,tak payah nak berhenti cari port nak susukan baby. siap boleh buat benda lain sekali dalam 1 masa.

Tapi gambar ni ibu menyusu dalam baby carrier tak naikkan head support (kain penutup kepala). Kalau time tengah shopping atau jenjalan, sebaiknya, naikkan head support baby carrier ke kepala baby agar orang lain tak sedar langsung baby tengah menyusu, menyokong kepala baby dan ke dua tangan kita lebih bebas bergerak.

Baby carrier, soft structured carrier, nursing in baby Carrier, Nursing In Public, Nursing in Soft Structured Carrier

3 Langkah Mudah Menyusukan Anak Dengan Menggunakan Pengendong Bayi:-

Longgarkan bahagian tali bahu ( shoulder Strap) pengendong bayi / Soft Structured Baby Carrier seperti di bawah :-

Jpeg

2) Longgarkan Bahagian Pinggang (Waist Band)  dan turunkannya ke bawah sehingga paras mulut bayi pada bahagian  payudara ( seperti gambar di bawah):-

soft structured carrier, tugeda carrier, ergonomic baby carrier Jpeg

3) Suakan Mulut anak untuk mulakan proses menyusu. BIla anak sedang menyusu kemaskan dan ketatkan sedikit tali bahu (shoulder strap) paa tahap yang anda berdua selesa.Biarkan anak menyusu sepuasnya.Ibu boleh lah lakukan perkara lain seperti meneruskan aktiviti bersiar di taman / membeli belah.

Jpeg Jpeg Nursing In Tugeda Carrier Soft Structured Carrier Tutorial

Setelah selesai laras semula bahagian pinggang ke atas dan ketatkan. Kemudian laraskan semula tali bahu (shoulder strap) mengikut keselesaan.

P/s : Sila berlatih di atas permukaan yang lembut dan selamat untuk percubaan pertama kali untuk keselamatan.

Selamat Mencuba!