7 Teknik Bagaimana Menjayakan Penyusuan Bayi Di khalayak Atau Nursing In Public Dengan Mudah

Ada dikalangan ibu-ibu yang merasa sukar untuk menyusukan bayi dengan susu ibu semasa mereka berada diluar rumah. Ramai diantara mereka yang menyediakan susu ibu perahan sebelum keluar rumah bersama bayi. Terdapat banyak cara sebenarnya untuk menjayakan penyusuan di khalayak tanpa menampakkan Aurat ibu. Berikut adalah 7 Teknik BAgaumana Menjayakan Penyusuan Bayidi Khalayak atau Nursing In Public dengan mudah :-

1) Menggunakan Tudung Yang Labuh Sebagai Penghalang
Banyak kelebihannya bertudung labuh ini. Selain tuntuan agama,ianya juga memudahkan bagi ibu-ibu yang menyusukan anak juga. Ibu boleh menyusukan anak dengan mudah kerana anak terlindung oleh tudung ibunya. Pasti orang sekelilingbtidak akan perasaan yang ibu sedang menyusukan bayinya.

2) Memakai pakaian mesra bayi

Pakaian yang sesuai sgt penting bagi menjayakan penyusuan bayi dikhalayak tanpa disedari ini.Pemakaian baju bukaan hadapan dan bra penyusuan dapat memudahkan proses penyusuan  Bayi di khalayak. Kini terdapat banyak pengusaha pakaian menghasilakan busana baju menyusu bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan anak di mana-mana dengan mudah. Rekaannya juga tidak kurang cantik dan bergaya.

3) Menggunakan “Nursing Cover”

Nursing cover adalah helaian kain yang dijahit yang mempunyai ciri khas untuk kegunaan ibu-ibu menyusu.Ada pelbagai jenis rekaan, ada yang bertingkap kecil untuk memudahkan ibu mengintai bayi serta pelbagai corak menarik.

4) Menggunakan shawl,pashmina atau apa2 sahaja kain.
Pilihan menggunakan kain yang tidak jarang dan tidak panas adalah yang sebaiknya. Ibu-ibu boleh menyusukan anak yang berada di dalam kain yang menutupi bahagian hadapan badan ibu itu.

5) Guna Bapa Untuk Menjadi Penghalang Di Hadapan Ibu

Kaum bapa juga boleh membantu untuk menjayakan penyusuan dikhalayak ini dengan cara berdiri dihadapan ibu yang menyusukan anak anda.selaian anda dapat menghalang pandangan orang ramai kepada isteri yang sedang menyusukan, bapa boleh menjadi perisai yang menjaga keselamatan isteri dan anak anda.

6) Menggunakan topi bayi besar

Penggunaan topi bayi yang besar dapat menyembunyikan bayi aktiviti penyusuan yang sedang berlangsung. Kininterdapat juga topi yang diciptakan khas untuk menyusukan bayi khalayak. Rekaannya juga pelbagai yang menarik dan berpatutan.

7) Menggunakan pengendong bayi (Babywearing)

Tugeda Carrier, Nursing In Public, Breastfeeding, susu ibu

Penyusuan Di khalayak / “Nursing In Public Menggunakan Tugeda Carrier Soft Structured Carrier Ibu boleh handfree dan bayi boleh menyusu dengan mudah.

Nak lebih sempoi dan boleh melakukan aktiviti 2 dalam 1 iaitu menyusu sambil berjalan, anda boleh pilih untuk mengedong bayi. Terdapat pelbagai pilihan pengendong dipasaran. Apa yang penting, pemilihan pengendong jenis ergonomik adalah yang terbaik dan selamat.terdapat pelbagai pilihan pengendong bayi ergonomik yang membolehkan ibu menyusukan bayi secara hand free. Sambil anak , menyusu anak didalam pengendong, ibu boleh teruskan membeli belah tanpa sesiapa perasaan aktiviti yg berlangsung didalam pengendong tersebut.Klik Pengendong Bayi Ergonomik yang sesuai disini

Walaubagaimanapun, untuk menjayakan penyusuan dikhalayak ini keyakinan untuk melakukannya adalah sangat penting,kerana ibu kena sentiasa bersedia sebarang kemungkinan yang tidak terduga yang boleh berlaku, maka latihan yang berterusan dirumah,dihadapan cermin boleh dilakukan sehingga anda betul yakin untuk melakukannya dikuar.

Selamat Berjaya!

** 7 Teknik Bagaimana Menjayakan Penyusuan BAyi Di khalayak AtauNursing In Public **