Manfaat Urutan Bayi (Bahagian 1)

image

Urutan bayi telah diamalkan sejak turun temurun lagi.Terdapat pelbagai manfaat urutan bayi jika diamalkan.Kajian yang dilakukan pakar, turut mengakui keberkesanannya bukan sahaja kepada bayi malah kepada ibubapa dan penjaga.

Urutan bayi penting, interaksi dinamik yang terbentuk melalui aktiviti tersebut menjadi asas kepada pembinaan hubungan yang lebih baik yang akan berlangsung seumur hidup bagi kedua-duanya. Melalui sentuhan antara ibubapa / penjaga dan bayi dapat memenuhi tuntutan fisiologi, sosial-emosi, perkembangan minda dan tubuhnya.Dalam artikel ini di kongsikan 10 Manfaat urutan bayi kepada bayi terlebih dahulu, selebihnya akan dipaparkan di dalam artikel yang akan datang.

Manfaat Urutan Bayi Kepada Bayi :-

1) Ketenangan – Bayi yang diurut lebih tenang. Sudah sifat semulajadi bayi yang baru dilahirkan amat memerlukan belaian dan sentuhan kasih sayang.Usapan dan urutan ditubuhnya dapat memberi ketenangan yang diperlukan oleh bayi.

2) Dapat membentuk jalinan kasih sayang antara Ibubapa dan bayi – Melalui aktiviti urutan bayi ini, ibu dan bapa berpeluang berinteraksi bersama melalui usapan yg lembut dan penuh kasih sayang serta “eye contact” yang berlaku. Kasih sayang terhadap bayi dan anda akan menjadi semakin akrab.

3) Bayi tidur lebih lena – melalui urutan ke atas bayi , memberikan bayi ketenangan, rasa selamat, selesa dan mendamaikan Ini dapat menjadikan tidur bayi lebih lena.

4) Meningkatkan sistem imun tubuh bayi – melalui urutan bayi, tubuh nya merangsang sistem imun menjadi semakin kuat.

5) Merangsang Deria Bayi – Urutan dan usapan yang diterima memperkuatkan lagi deria nya agar menjadi semakin tajam.

6) Memperbaiki kondisi Kulit bayi – urutan yang di terima oleh tubuh nya dapat merangsang peredaran darad dibawah kulit yang sejurusnya menjadikan kulitnya semakin sihat.

7) Melancarkan Perjalanan Darah – Urutan yang diterima oleh bayi merangsang dan melancarkan perjalana darahnya. Perjalanan darah yang lancar menjadikan bayi lebih sihat.

8) Melancarkan Sistem Penghadaman – Apabila perjalanan darah menjadi lancar, seluruh sistem tubuh bertambah baik termasuk sistem penghadaman bayi. Ini dapat mengurangkan masalah kembung (colic) dikalangan bayi baru lahir kerana ketidakmatangan sistem penghadaman.

9) Menyeimbangkan pernafasan bayi – Bayi baru lahir cenderung bernafas lebih laju. Urutan bayi dan sentuhan lembut membuatkannya lebih tenang dan bernafas dengan lebih baik.

10) Mengurangkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi – Bayi yang baru tumbuh gigi akan berasa tidak selesa .Urutan bayi dapat , membantu memberi ketenangan dan mengurangkan kesakitan yang dialaminya.

Pelbagai lagi manfaat yang boleh diperolehi daripada aktiviti urutan bayi ini. Kami akan kongsikan pada artikel yang akan datang. Semoga anda bertambah bersemangat untuk mempelajari ilmu urutan bayi bagi memperolehi manfaatvyangvtidak ternilai tersebut.

Semoga Bermanfaat!

3088 Jumlah Kunjungan 1 Kunjungan Hari Ini

One thought on “Manfaat Urutan Bayi (Bahagian 1)

  1. info yang amat berguna, tidak dinafikan banyak kelebihan dan manfaat hasil daripada mengurut baby lebih-lebih lagi jika dilakukan kepada bayi pra-matang.Saya sendiri pernah laluinya dan Kajian dapat dibuktikan, bahawa mengurut bayi pra matang sebanyak 3 kali sehari selamat 5 minit boleh membantu menambah berat baby antara 21% hinga 47% secara tidak langsung membolehka mereka keluar dari hospital lebih awal sebab bayi pra matang selalu mengalami masalah tumbesaran yang lebih lambat berbanding bayi normal yang dilahirkan cukup bulan.

Comments are closed.