Sebelum mengetahui bagaimana aktiviti mengendog bayi dapat megelakkan Sindrom Kepala Rata / “Plagiocephaly / Flat Head”. Kita lihat sejenak apakah yang dikata Sindrom Kepala Rata / “Plagiocephaly / Flat Head” tersebut.
Apa itu Plagiocephaly?
Plagiocephaly juga dikenali sebagai “Flat Head Syndrome” iaitu sindrom kepala rata yang mana bentuk kepala bayi mempunyai bentuk kepala rata atau bentuk kepala tidak normal.Ia banyak berlaku, dikalangan bayi.Menurut kajian yang di jalan kan oleh American Academy of Pediatrics ia berlaku setiap 1 daripada 2 bayi.
Masalah “Plagiocephaly / Flat Head” ini kebiasaanya terjadi setelah bayi dilahirkan, di mana bayi baru lahir memiliki tengkorang, tulang dan otot yang masih lembut. Bayi baru lahr juga cenderung tidur pada suatu posisi terlentang dalam satu tempoh yang lama. Posisi tidur ini mmg digalakkan bagi mengelakkan masalah SIDS dikalangan bayi. walaubagaimanapun posisi tidur begini boleh menyebabkan masalah “Plagiocephaly / Flat Head” pula.
Selain ianya berpunca daripada tekanan kepada sesuatu bahagia kepala , proses kelahiran juga menyumbang kepada masalah ini dimana tekanan semasa melalui laluan keluar pada proses kelahiran normal.Selain itu bayi pra matang juga cenderung mengalami masalah ini.
Antara Cara Mengatasi Masalah Sindrom Kepala Rata “Plagiocephaly / Flat Head”
- Sentiasa pastikan bayi baring pada bahagian yang bulat dibahagian kepalanya, untuk mengurangkan tekana pada bahagian yang rata.
- memastikan anak banyak menoleh /berbaring pada bahagian yang tidak digemarinya ketika berbaring,sama ada semasa waktu bermain, semasa menukar lampin atau semasa dia tidur untuk mengurangkan tekanan pada bahagian yang rata tersebut.
- banyakkan posisi bayi bearada ke atas “upright” untuk mengurangkan tekanan kepada kepala yang mendorong ke arah terjadinya sindrom kepala rata / “Plagiocephaly / Flat Head”. Di sini aktviti mengendong bayi sangat membantu ibu bapa dalam mengatasi masalahb ini mahupun mengelak daripada terjadinya sindrom kepala rata / “Plagiocephaly / Flat Head”. Untuk memastkan bayi kerap berada pada posisi ke atas ini dilakukan dengan tangan dalam tempoh yang lama amatlah memenatkan. Menggunakan pengendong bayi dapat menyelesaikan masalah tersebut di samping ibubapa bebas melakukan perkara lain juga kerana tangan tidak lagi perlu mendukung bayi. Perlu diingatkan ,pastikan penggunaan pengendong bayi jenis ergonomik sahaja untuk mengendong, sekiranya tidak masalah hip dysplasia pula boleh terjadi. Contoh melihat salah satu jenis pengendong bayi jenis ergonomik boleh sila klik DI SINI .
- kerapkan “tummy to tummy” time iaitu sentuhan tubuh ke tubuh di awal kelahiran. Selain ativiti ini banyak kelebihannya buat bayi dan ibu bapa, ia juga dapat mencegah masalah sindrom kepala rata / “Plagiocephaly / Flat Head” ini.Sekali lagi penggunaanpengendong bayi dapat memudahkan ibu bapa untuk melakukan aktiviti “tummy to tummy” ini dimana, untuk melakukan aktiviti “tummy to tummy” ini ibu/ bapa dan bayi sebaiknya membuka pakaian bahagian hadapan dan bayi di tanggalkan pakaiannya.Dengan menggunakan pengendong bayi, dapat memudahkan ibu. bapa tidak perlu menggunakan tangan untuk mendukung selain dapat membuat bayi berasa tenang seperti masih berada didalam rahim ibu dan dapat melindungi bayi daripada kesejukan juga.
- Menggunakan cermin yang diletakkan pada bahagian bertentangan dengan bahagian kepala bayi yang rata untuk menarik perhatian bayi seurusnya mengalihkan tekanan pada bahagian yang rata tersebut.
Semoga Bermanfaat!