Tahukan Anda, bayi adalah pakar dalam melakukan komunikasi bisu ini.Komunikasi Bisu disini adalah satu komunikasi tanpa suara dan perbuatan.
Pepatah mengatakan “Dari Mata Turun Ke Hati”.
Ternyata mata bukan sahaja untuk digunakan untuk melihat, ia juga berupaya menjadi salah satu teknik komunikasi untuk menyatakan kehendak dan memaparkan keperluan emosi.
“Eye contact” sering kita dengar dalam kehidupan kita . Bayi menggunakan “Eye Contact” sebagai salah satu teknik komunikasi bisu untuk ia berkomunikasi dengan orang disekitarnya.
Bayi baru lahir hanya mampu melihat sekitar jarak 10-18 inci dan penglihatannya terhad.Pada usia ini bayi tertarik kepada sesuatu yang putih ,warna cerah dan gelap/Hitam (kontra) serta bergerak.Tidak hairanlah bayi tertarik untuk bertentang mata kerana mata orang yang dilihatnya berkerlip dan berwana hitam dan putih.
Kepentingan Komunikasi bisu / “Eye Contact” kepada bayi:-
- Ia menjadi keperluan kritikal bagi bayi kerana ianya salah satu cara bayi menyatakan kehendak dan keperluannya dan juga keperluan emosinya .Bayi menyatakan kehendaknya dengan cara memandang ke mata ibu/bapa/orang disekitarnya beserta espresi wajah untuk menunjukkan dia mahu/perlukan sesuatu.Bayi yang dikendong, lebih mudah mendapat respon kepada keperluannya ketika itu,jika dia menggunakan komunikasi bisu ini, ini kerana bayi berada dekat dan sentiasa berada di dalam pemerhatian ibubapa/penjaganya.
- untuk menunjukkan sesuatu isyarat kepada sesuatu keadaan. Bayi akan memalingkan muka atau mengalihkan pandangan daripada orang yang sedang berinteraksi dengannya untuk menunjukkan beliau tidak mahu berinteraksi atau reaksi terlebih stimulasi atau sudah kepenatan.
- untuk menundingkan kepada sesuatu yang menarik minatnya. Bayi yang masih belum mengetahui untuk menzahirkan sesuatu menggunakan isyarat/gerak badan, menggunakan “eye contact” untuk menunjukkan kepada sesuatu. Sebagai contoh bayi melihat kepada sesautu yang menarik minatnya dan dia mahu berkongsi keterujaannya kepada orang yang berdekatan dengan cara memandang ke arah oarang tersebut dan memandang semula ke arah sesuatu yang menarik minatnya tadi.Selain untuk berkongsi keterujaan ia boleh jadi sebagai penunjuk kepada kehendaknya seolah-olah penggunaan jari untuk menunding.
Kesimpulannya, komunikasi melalui mata / “Eye Contact” ini adalah salah satu cara komunikasi penting yang tidak rugi dipelajari oleh ibu/bapa atau penjaga agar dapat memahami dan memberi respon segera kepada keperluan dan kehendak bayi.