“Babywearing” atau dalam Bahasa Malaysianya bermaksud perbuatan/aktiviti Mengendong Bayi. Mengendong bayi adalah perbuatan/aktiviti memegang atau mendukung bayi dengan menggunakan tangan atau menggunakan pelbagai medium pengendong bayi (Baby Carrier) Terdapat pelbagai jenis pengendong jenis dari kain atau jenis yang berstruktur.Perbuatan /Aktiviti mengendong bayi ini telah lama di praktikkan di seluruh dunia yang mana masing-masing mempunyai cara, ,teknik dan jenis pengendong yang tersendiri.
Mendukung bayi adalah sesuatu perbuatan/aktiviti yang semulajadi. Penggunaan pengendong bayi dalam aktiviti mengendong bayi adalah sangat membantu dan memberi lebih keselesaan, kebebasan bergerak, dan membantu memenuhi dan mengeratkan lagi keperluan kasih sayang antara ibu bapa atau penjaga di dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak kelebihan mengendong bayi samada kepada ibu bapa / penjaga dan bayi.
Selain ianya perbuatan semulajadi,perlakuan ini memberi impak yang baik samada kepada yang mengendong dan dikendong seperti :-
- Memberikan bayi rasa selamat kerana sentiasa berada dekat dengan orang yang mereka kenali lebih-lebih lagi ibunya.Bayi yang sentiasa dekat dengan orang yang mereka kenali cenderung menjadi bayi yang tenang,mudah diurus,lebih peka dan berkeyakinan.
- Bayi mudah ditidurkan kerana merasakan dia seolah2 berada di dalam kandungan ibunya kerana berada dekat untuk mendengar dengupan jantung yang sering mereka dengari sepanjang kehamilan yang mana membuatkan bayi berasa tenang dan selamat.
- Keperluan emosinya mudah di penuhi kerana bayi berada dekad dengan ibubapanya , yang mana tanda-tanda awal yang di eksperasikan oleh bayi di kesan lebih awal. Oleh kerana itu bayi yang dikendong mudah diuruskan kerana mereka tiada ruang utk mengekpresi kan tuntutan emosinya pada tahap yang keterlaluan kerana tanda-tanda keperluan emosinya telah dikesan diberikan diperingkat awal lagi. Ini membuatkan bayi menjadi lebih ceria dan gembira dan berasa disayangi.
- Dapat mengelakkan jangkitan penyakit di mana bayi akan dikendong akan mudah cepat berasa tidak selesa sekiranya mereka membuang air besar atau kecil dan tanda-tanda ketidak selesaan ini dapat dikesan lebih awal.sehubungan dengan itu, ianya dapat membantu ibubapa atau penjaga membuat pembersihan lebih awal dan dapat mengurangkan jangkitan penyakit berkaitan masalah lampin.
- Memudahkan anda untuk melakukan aktiviti harian dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.Pengendong bayi dapat membantu mendukung/ memegang bayi erat ditubuh anda di mana anda boleh menggunakan kedua tangan utk menyediakan keperluan keluarga,membersihkan rumah,melakukan aktiviti kegemaran,melakukan kerja lain dalam satu masa,bebas bergerak dan lebih stabil.
- Menjimat masa anda, kerana tiada lagi kengkangan untuk anda melakukan kerja lain dalam satu masa di samping dapat juga memberikan keperluan kasih sayang lebih efektif kepada anak kerana mereka sentiasa berada dekat dengan kita.
- Memudahkan proses menidurkan bayi, kerana aktiviti mengendong bayi membuatkan bayi berasa selesa,selamat dan dikasihi kerana berasa seperti berada di dalam kandungan iaitu mendengar degupan jantung ibunya dan sentiasa berasa di peluk erat. Ini membuatkan bayi akan mudah tertidur dengan sendirinya dengan kedamaian sedemikian.
- Ibu bapa atau penjaga menjadi lebih peka terhadap perubahan atau tanda-tanda yang di ekspresasikan oleh bayi di peringkat awal lagi untuk bertindak kerana bayi berada dekat untuk melihat setiap perubahan tersebut.Ini dapat mengelakkan tekanan kepada anda,sekiranya bayi hanya dapat di kesan perubahannya lambat yang mana ketika itu bayi sukar ditenangkan
- Menikmati kebebasan melakukan aktiviti kegemaran seperti bercucuk tanam, berlibur, berjalan-jalan walaupun di dalam keadaan sesak, memancing, merantau ketempat orang dan lain-lain lagi. Disamping anda sedang menikmati atau melakukan aktiviti kegemaran, anda dapat memenuhi tuntutan kasih sayang sekaligus mengajar anak anda sesuatu melalui apa yang anda lakukan.
→Maklumat terperinci Kebaikan Mengendong bayi di pautan ini ←
*Maksud Babywearing / What is Babywearing*